PERCUTIAN KELUARGA KE KEPALA BATAS DAN ALOR STAR PADA 1 - 3 MEI 2009
Pada 1.5.2009 kami sekeluarga bertolak dari Ipoh jam 8.30 pagi dan berhenti sarapan pagi di Kuala Kangsar, bersarapan nasi dagang.
Kami tiba di Pekan Kepala Batas jam 11.00 pagi dan bersiar-siar di Kompleks Dato' Kailan untuk membeli belah.
Jam 1.00 ptg kami sekeluarga chek in di Hotel Sri Malaysia yang baru 2 bulan di buka dengan rasminya. Kami menempah bilik Family yang berharga RM160.00. Diskaun RM30.00 jadi RM130.00 sahaja.
Sungguh selesa sekali suasana hotel dan bilik hotel yang kami menginap.
Di sebelah petang jam 5.00 ptg kami sekeluarga pergi ke Rumah Fazrulls di Permatang Pauh untuk minum petang. Kami di hidangkan dengan bihun goreng yang sedap dimakan dan pencuci mulut. Terima kasih Fazrulls di atas layanan anda.
Balik dari rumah Fazrulls kami membeli belah di Carefore, Seberang Prai.
Pada 2.5.2009 jam 12.00 tgh kami menuju ke Sungai Petani, Kedah. Kami makan tengahari di Restoran JO yang terkenal dengan Cendol Pulutnya yang sedap. Selepas makan tengahari kami minum Cendol Pulut pulak..............sedap sekali.
Jam 2.00 ptg kami terus menuju ke Bandaraya Alor Star dan chek in di Hotel Regency, Alor Star. Harga bilik ialah RM180.00.
Hotel ini berdekatan sahaja dengan Pasar Rabu, kami hanya berjalan kaki sahaja ke Pasar Rabu.
Bermacam-macam barangan dijual disini.
Sebelah malam nya kami manjamu selera westen food di Sebelah Muzium Negeri Kedah di tepian sungai yang indah.
Kami Chek Out Hotel jam 12.00 dan terus menuju ke Kompleks Al-Burkhari. Kompleks ini sungguh indah sekali yang menempatkan Masjid yang begitu cantik, Universiti Kolej, Pusat membeli belah yang besar, Kompleks perubatan, Kompleks Persingahan dan Tanah perkuburan.
Sungguh luas sekali kompleks Al-Burkhari ini.
Jam 3.00 ptg kami menuju ke Changloon lebih kurang 25 minit perjalanan dari Alor Star.
Di rumah kawan ini kami minum petang.
Jam 5.00 petang kami pulang menuju ke Sungai Dua yang terkenal dengan Mee Udangnya yang lazat. Harga 7 orang makan dan 12 ekor Udang yang besar berharga RM 72.00 sahaja.
Kami mandi dan bersolat di rumah adik ipar di Sungai Dua dan berangkat pulang jam 8.00 malam ke Ipoh. Jem di Tol Ipoh Utara dan kami selamat sampai di Meru Valley jam 10.15 malam. Alhamdulillah perjalanan kami dipeliharakan oleh Allah Taala, Syukur..................
syabas saudara,saya memang minat blog2 pasal konvoi dan team2 kereta.banyakkan lagi entri.
ReplyDelete