Sunday, March 22, 2009
KONVOI AMAL TAVAC MALAYSIA DAN SPRM P. PINANG 2009
Baru-baru ini Avanzakusilver telah menyertai Konvoi Amal Tavac Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14, 15 dan 16 Mac 2009.
Konvoi ini disertai hampir 50 buah Toyota Avanza dari Toyota Avanza Club Malaysia dari seluruh Malaysia.
Konvoi ini bermula di Stesen Minyak Petronas Bandar Perda, menaiki feri 2 tingkat, acara perasmian di hadapan Dewan Bandaraya di Padang Kota, Georgetown, P. Pinang yang telah dirasmikan oleh Puan Pengarah SPRM Pulau Pinang Pn. Hjh. Latifah.
Konvoi ini melalui Jambatan Pulau Pinang dengan diiringi oleh Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan 5 buah moto kuasa besar dari kelab Motor P. Pinang. Konvoi singgah di Toyota Prai untuk Makan Tengahari dan majlis taklimat Toyota.
Konvoi meneruskan perjalanan ke Sungai Petani dan mengedarkan risalah anti rasuah di hadapan Menara Jam Sg. Petani, Kedah.
Peserta Konvoi menetap di Swiss Inn, Sg. Petani, Kedah.
Pada sebelah malamnya diadakan Majlis Jamuan Makan Malam Konvoi Amal dan dihiburkan oleh Penyanyi terkenal tanah air Hadibah Noor dan Pelawak Maideen dan Piee.
Pada keesokan harinya konvoi yang diiringi oleh kereta dan motor peronda Polis telah melawat Rumah Anak Yatim di Merbok.
Konvoi meneruskan perjalanan ke Tanjung Dawai sambil membeli belah hasil laut.
Pada sebelah malamnya diadakan pertandingan Persahabatan Bowling diantara Tavac, SPRM dan PDRM. Pasuka Tavac telah menjadi Johan. Tahniah Tavac.
Pada 16.3.2009 Konvoi meneruskan perjalanan ke Alor Star, Kedah dan singgah di Perkarangan Pekan Rabu dan minum ringan di Kompleks Al-Burkhary, Alor Star.
Konvoi Tamat pada Pukul 6.00 Ptg.
Peserta konvoi bertolak ke destinasi sendiri.
Tahniah Tavac Malaysia dan Tavac Utara.
Tuesday, March 10, 2009
KONVOI AMAL TOYOTA AVANZA 2008
Ini adalah konvoi pertama yang disertai oleh Avanzakusilver. Sebanyak 32 buah Toyota Avanza menyertai konvoi amal ini pada 29.11.2008.
Konvoi ini bermula di Sungai Petani, Kedah menuju ke Teluk Batik, Perak.
Konvoi ini juga disertai oleh sepasukan kereta dan motor peronda Polis Di Raja Malaysia.
Sebanyak 8 buah motor berkuasa tinggi dari Kelab Motor mengiringgi konvoi tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)